Wednesday, February 18, 2009

my lit work... part 2

Ni plak menyusul selepas 'Siapa Dirimu'. Dibuat pada masa yang sama. Kira cam kembar r... Kalo faham, amik la iktibar dari karya ni. It was a good piece of work.
As for me, karya yang ni lebih baik dari previous. Aku rasa aku lebih matang dalam menzahirkan maksud yang ingin disampaikan. Enjoi..


Pesan Emak Kepada Anak

Pesan emak:
Nak, dewasa kelak,
Jangan jadi seperti,
Gonggok legam ini,
Ia dikurnia lebih anggota,
Ia dianugerah lebih masa,
Tapi jahil cukup,
Masa yang terahmat,
Diguna mengungkit luka tenat,
Dosa dan kesalahan yang berkulat,
Diurai, dirungkai,
Satu-satu,
Dua-dua,
Tiga-tiga,
Hatta kaki yang berkerumun,
Yang berbisik tatkala dihimpun,
Akur menyembah bumi dengan tersusun,
Empat, lima, enam.

Nak, tahu apa beza,
Lipan berbara yang menyala?
Juga ada lebih anggota,
Juga ada lebih masa,
Walhal tiada diguna,
Untuk berleka,
Memuntah nostalgia kurap,
Membidik dosa terperap.
Pesan emak lagi:
Ia pantas, ligat, ruwet setiap hari,
Kaki yang diberi,
Dihunjam, diterjah, dibedil semua sekali,
Bergempita liang-liang duniawi,
Tiada masa dibaziri,
Tambahan pula ia sentiasa,
Bersedia dengan bahana,
Dua peniti sarat berbisa,
Menyelinap dalam meneroka,
Isi mereka yang lupa,
Pada anugerah Pencipta

my lit work..

Erm... Aku nak kongsi antara karya aku yang paling awal aku hasilkan. X la bagus sangat, but still one of the bunch yang susah nak faham dan tak terlalu direct. Masa ni, baru je nak berjinak-jinak menternak (tetiba je)..Enjoi. Komen plis..


Siapa Dirimu?

Siapakah engkau?
Sudahkah engkau berubah,
Menjadi Si Sesungut Dua,
Yang megah dengan warna kepakmu,
Yang riak dalam masyhurmu,
Menerawang khusyuk mengibas diri,
Menggebukan jasad identiti,
Menyembunyikan jati rohani,
Lalu kau, merambas pelepah sakti,
Merembes kaki dakimu,
Di atas lantai suci bermadu,
Tatkala menjelang tengah hari,
Cinta si mekar pagi,
Kau putar semua sekali,
Lalu kau dambakan manisan,
Di setiap hinggapan,
Kelopak.

Mungkinkah jua kau,
Masih seperti dulu, masih berbulu,
Dengan tersipu-sipu,
Mengengsot dengan kaki-kaki capikmu,
Dahulu,
Kau tiada sayap untuk dibangga,
Cuma bulu remang hanya,
Untuk kau bersyukur kepada-Nya,
Malang,
Kau celepik kejeblos,
Ke dalam longkang,
Kutuk Si Cacing Perang,
Hina Si Semut Legam,
Caci Si Siput Haram,
Dengan rakus kau kunyah,
Bingkas mengira-ngira langkah,
Nescaya sumbang tapakmu,
Namun kau,
Tersepak, tersadung dan,
Terhencut-hencut masih,
Mencari permukaan,
Longkang.

Kiranya kau tahu,
Aku,
Keliru,
Siapa dirimu?
Lahirlah dikau,
Sebagai dirimu,
Bukannya Si Berbulu,
Mahupun Si Sesungut Dua itu.

Well-cum

Hikhik...salam penulisan (ada ke?). Feels kind of akward and a bit emotional since its the first time I'm blogging.

Long words cut short, salam diucapkan pada rakan-rakan maya (yang berpijak di bumi nyata turut tidak dilupakan). Akhir kata, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Regards.